Gotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Kg Kela

Sebagai mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Biotek Raub dengan penduduk tempatan dan juga mewujudkan semangat sukarela di kalangan kakitangan Pusat Biotek Raub,gotong-royong membersihkan tanah perkuburan telah diadakan.Gotong-royong tersebut telah diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Kela,Mukim Batu Talam.Seramai 22 kakitangan lelaki dari Pusat Biotek Raub dan 56 orang penduduk Kampung Kela telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.Gotong-royong ini juga turut dibantu oleh kakitangan Pusat Biotek Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada program khidmat masyarakat Pusat Biotek Raub.Diharapkan aktiviti seperti ini akan diadakan lagi sebagai meningkatkan lagi hubungan antara penduduk tempatan lain. - Apa yang penting..??KERJASAMA!!!!









0 comments: