Jom tangkap ikan!!

Alang-alang kolam dah pun kering,ape lagi..tangkap ikan laaa kami ....bagi pekerja baru,bila mendengarkan cerita-cerita menarik tentang ikan dalam kolam yang nak dikeringkan,teruja rasanya..sebab tak sabar nak tengok ikan besar-besar sampai ada yang mengatakan ikan yang bersaiz sebesar meja.Selepas habis waktu bekerja,kepada mana-mana yang berminat,bersiap-siap la mereka menyiapkan kelengkapan menangkap ikan.Ada yang membawa jala,ada yang berkeyakinan tinggi,pakai tangan pun boleh.Mula-mula rasanya 40 kali menyelam pun rasanya belum dapat.Tetapi berkat kesabaran mereka,akhirnya dapat ikan patin dan ikan lampam.Kira-kira 3kg beratnya.Tapi malangnya ikan yang dikatakan sebesar meja tak jugak kelihatan.Tapi kalau ada pun ikan tu,rasanya ramai yang tak nak terjun masuk kolam.Walaubagaimanapun aktiviti menangkap ikan pada hari itu sangat-sangat meriah.Masing-masing sibuk menunjukkan kehandalan masing-masing menangkap ikan.Sampai yang berenang kuak kupu-kupu pun ada agaknya.Sebelum menamatkan cerita,berikut merupakan aksi-aksi menarik mereka :












0 comments: