Karnival Sukan Sekolah

Karnival Sukan Sk.Ulu Sungai telah diadakan pada 25 mac 2010 yang bertempat di Padang Awam Kampung Ulu Sungai ,Mukim Batu Talam,Raub.Karnival sukan ini merupakan salah satu daripada program khidmat masyarakat Pusat Biotek Raub yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti tempatan.Selain itu juga,melalui program seperti ini,imej Pusat Biotek Raub dapat ditingkatkan lagi selaku anak syarikat Teknolgi Park Malaysia dalam memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang melibatkan komuniti tempatan.Sebagai tanda sokongan,pihak Pusat Biotek Raub telah memberikan sumbangan kewangan kepada pihak SK.Ulu Sungai dan juga beberapa kakitangan Pusat Biotek Raub telah menghadirkan diri bagi memeriahkan acara pembukaan karnival itu.Selain SK.Ulu Sungai,SK Satak juga telah menjemput Pusat Biotek Raub bagi memjayakan Karnival Sukan SK.Satak pada 25 Februari 2010.Diharapkan kami selaku pihak Pusat Biotek Raub dapat melibatkan diri dengan acara sebegini bagi meningkatkan lagi hubungan sesama komuniti tempatan yang lain.



Perarakan Rumah Sukan


Majlis Lintas hormat


Penerimaan cenderahati dari pihak sekolah



0 comments: