Keunggulan Pasukan Pusat Biotek Raub..

Bersama-sama penyokong-penyokong kuat PUSAT BIOTEK RAUB

Barisan Pemain Unggul PUSAT BIOTEK RAUB

Keunggulan pasukan Pusat Biotek Raub sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila berjaya menewaskan pasukan Pemuda Ulu Sungai dengan catatan 6 berbalas 5.Boleh diangaap suatu kemenangan besar bagi permainan pembukaan pada tahun 2010.Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung pasda 12 Mac 2010 dan bertempat di Padang Awam Kampung Ulu Sungai,Mukim Batu Talam ini telah dirasmikan oleh 'Plant Manager' Pusat Biotek Raub ,Encik Rashidi Ali.Perlawanan sengit yang berlangsung selama 1 jam 15 minit ini banyak mempamerkan pelbagai aksi profesional oleh pemain handalan tidak kurang juga aksi-aksi yang mencuit hati penonton.Walaubagaimanapun keseluruhan perlawanan ini mempamerkan kesungguhan pemain handalan Pusat Biotek Raub menguasai perlawanan.Istimewanya perlawanan kali ini,ia boleh dikatakan satu perlawanan yang unik.Uniknya di sini apabila masing-masing mencatat sejarah menjaringkan gol ke gawang pasukan sendiri dimulai pasukan Pemuda Ulu Sungai pada awal minit ke lima.Mungkin kedua - dua pasukan 'confuse' dengan gawang sendiri pada awalnya.Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kakitangan dan penduduk setempat ini juga menjadi sebahagian daripada persiapan awal untuk penyertaan mereka bg Majlis Sukan Komuniti yang dijangka berlangsung April ini.Mungkinkah mereka akan mengulangi kemenangan besar atau hanya mempamerkan persembahan yang unik sahaja?Bersama-samalah kita nantikan.Tidak dilupakan ,kepada para penyokong,jutaan terima kasih diucapkan kerana tidak jemu-jemu menyumbangkan jeritan semangat kepada para pemain.Sebelum menutup tirai,ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang telah berusaha keras menjayakan program ini.Majulah Sukan Untuk TPM!!

Penyampaian Cenderahati oleh Encik Rashidi Ali (Pengurus Operasi TPM BIOTEK RAUB)

Beikut merupakan pelbagai aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan:









0 comments: