Piala Thomas Pusat Biotek Raub...

Jika di Stadium Bukit Jalil ,Dato Lee Chong Wei sibuk beradu tenaga membawa kemenangan kepada Malaysia,tetapi akhirnya tersungkur juga,pihak Pusat Biotek Raub juga tidak kurang hebatnya beradu tenaga demi membawa kemenangan besar kepada kumpulan masing-masing.Kumpulan yang dimaksudkan di sini adalah Geng Askar Pencen (bukan askar penat),Channel B ( B = boleh @ bosan ?) ,Ok la tue..( insyaallah ok lagi nampaknya ) dan Chaiyo! ( kumpulan unggul dengan sayur campurnya.. ).Perlawanan badminton yang diadakan sempena Karnival Sukan Biotek Raub ini telah diadakan bermula 3 Mei 2010.Sukan badminton merupakan pembuka acara selain dari ping pong,karom dan juga congkak.Memang tepat pada masanya ketika Piala Thomas tengah hangat diperkatakan.Nampaknya semangat sukan di kalangan staf-staf Pusat Biotek Raub semakin berapi-api sejak kebelakangan ini.Masing-masing cuba mempamerkan 'skill' yang tiada tolok bandingnya.Rasanya kalau masuk Piala Thomas pun,Dato' Lee Chong Wei pun kalah.Perlawanan badminton yang bermula jam 5.30 petang ,telah mengetengahkan pemain-pemain handalan dari setiap kumpulan.Setiap kumpulan wajib menghantar wakil-wakil untuk regu wanita,regu campuran ,regu lelaki satu dan regu lelaki dua.Kemenangan akan dikira mengikut kumpulan mata bagi keseluruhan permainan.Tetapi mengikut pungutan mata terkini,Geng Askar Pencen telah mendahului sebanyak 9 mata,diikuti dengan Ok la tue sebanyak 7 mata .Channel B dan Chaiyo! kini seakan-akan berkonspirasi untuk tidak meletakkan mana-mana kumpulan di tempat keempat...Persaingan masih lagi sengit nampaknya.Diharap,semua kumpulan berusaha dengan lebih gigih lagi memperoleh kemenangan besar .Kemenangan ini akan dijanjikan dengan hadiah misteri.Mungkinkan Honda City menjadi hadiah misteri???atau FTO menjadi taruhan???ataupun Hilux TPM???Tak mungkin Hilux TPM...Sama-samalah kita saksikan.Kepada kumpulan yang masih lagi dirasakan kurang mengumpul mata,berusahalah selagi ada masa dan bersama-samalah mencipta keajaiban.Kepada kumpulan yang telah mendahului kumpulan lain,jangan merasakan kedudukan anda begitu selesa,masih ada waktu untuk dikejar....Sekian...





0 comments: