OK LA TUE...JUARA KESELURUHAN..TAHNIAH!!


TAHNIAH!diucapkan kepada pasukan Ok la tue kerana bergelar juara keseluruhan untuk Karnival Sukan Pusat Biotek Raub pada tahun ini.En Hassan nampaknya mampu menarik nafas lega dan mampu tersenyum sampai ke telinga kerana pasukan nya berjaya akhirnya menjadi juara keseluruhan.Bukan sahaja juara keseluruhan tetapi Ok la tue nampaknya juara pertama untuk Karnival Sukan Pusat Biotek Raub yang insyaallah akan menjadi tradisi untuk tahun-tahun berikutnya.Kumpulan Chaiyo! yang diketuai oleh En.Emirul pada mulanya hanya mengharapkan kedudukan di tempat ketiga naik satu anak tangga menjadi naib johan.En.Emirul pun nampaknya melompat-lompat kegembiraan kerana selama ini kumpulan nya digelar sayur campur.Tetapi kini terbukti Chaiyo! bukanla sayur campur yang dikatakan tetapi kumpulan Chaiyo! yang sebenar-benarnya Chaiyo!Manakala kumpulan Geng Askar Pencen yang diketuai oleh En.Rashidi pada mulanya bergemerlapan pada awal perlawanan terpaksa akur untuk berada di tempat ketiga dan Channel B yang mempunyai ketuanya yang sentiasa 'cool' iaitu Abang Pian tetap cool untuk berada di tempat keempat.Walaupun masing-masing telah mendapat kedudukan,kesemua kumpulan sebenarnya adalah juara kerana masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk setiap jenis permainan.Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan!Kami daripada pihak urus setia,mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pemain.Sekian..

Berikut merupakan keputusan bagi Karnival Sukan Pusat Biotek Raub:

Juara : Ok la tue..(27 mata)
Naib Juara : Chaiyo!(26 mata)
Ke tiga : Geng Askar Pencen (25 mata)
Ke empat : Channel B ( 24 mata )

Juara bagi setiap permainan :

Badminton : Geng Askar Pencen
Ping Pong : Chaiyo!
Carrom : Ok la tue...
Congkak : Channel B

0 comments: