Sukan Muhibbah TPM

Buat julung-julung kalinya TPM KL dan TPM Biotek bergabung dan beradu tenaga untuk Sukan Muhibbah TPM baru-baru ini pada 24 & 25 Julai 2010 .Sukan yang berlangsung selama 2 hari ini telah disertai oleh semua staff TPM termasuk para pelajar dari TPM College.Berikut merupakan acara yang telah diadakan sepanjang 2 hari program berlangsung :

24 mei 2010...
10.00 - 11.00 pagi : Ketibaan rombongan ,sambutan ringkas ( jamuan ringan )
Minum pagi telah disediakan oleh En.Syahrizal (abg Syam)..Thanx bro!..sgt sedap kuih-muihnya..

11.00 - 11.30 pagi: Ucapan alu-aluan oleh presiden Kelab Sukan dan juga Encik Rashidi yang selaku tuan rumah Pusat Biotek Herba Raub.Taklimat program juga turut disampaikan 0leh En Rashidi bagi memaklumkan kepada semua perjalanan acara yang seterusnya...

11.30 - 12.00 hrs : Lawatan ringkas ke Fasa 1 oleh para pelajar TPM College bagi meninjau serta mendapat sedikit-sebanyak gambaran tentang Pusat Herba Biotek Raub.Taklimat telah disampaikan oleh semua pegawai Pusat Biotek Herba Raub.Nampaknya taklimat yang disampaikan mendapat respons yang baik dari para pelajar..Diharap,dengan taklimat yang disampaikan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang 'flow process of manufacturing' di Pusat Biotek Herba.

12.00 - 13.00 ptg : Sesi suai kenal,ramah mesra dan acara bebas.
Disaat-saat ini,masing-masing sibuk berposing merakamkan detik2 indah di Pusat Herba Biotek Raub.Tidak kurang juga, yang berkenal-kenalan...beramah mesra..kepada mereka-mereka yang belum pernah berjumpa sebelum ini....

13.00 - 14.00 ptg :Makan tengari/Solat Zohor
Nasi ayam cap Awira telah disediakan.....bersama-sama denga air oren buatan sendiri....

14.00 - 16.00 ptg :indoor games
haaa time ni laa..TPM KL menunjukkan skill masing-masing bagi menentang TPM Biotek.Acara yang dipertandingkan adalah ping-pong single dan beregu untuk lelaki.Pada awalnya ,ping pong ada untuk kaum wanita,tetapi malangnya TPM KL tidak mempunyai wakil bg pihak wanita,So,kaum lelaki jela yang berentap bagi merebut gelaran juara ping pong.TPM Biotek telah diwakili oleh En.Nasrul dan En.Hasbullah bagi acara regu manakala En.Ariff Shah bagi acara single..Nampaknya bagi pasangan regu,mereka terpaksa akur dengan kehebatan pihak TPM KL...tewas akhirnya..begitu juga dengan single lelaki...En Ariff nampak nya tersungkur jua...takpe..next time kite menang pulak laa..ok ...game yang seterusnya...carrom lelaki dan perempuan..masing-masing diwakili oleh En.Azman Tawang dan En Aliff manakala pihak perempuan diwakili oleh Cik Sri Subana dan Pn.Fairus...Bagi team lelaki,kemenangan berpihak kepada mereka..menang dengan penuh bergaya.Manakala team perempuan tewas disaat-saat akhir selepas 2 jam bertarung merebut gelaran juara..lama sungguh mereka bermain...En Rashidi berulang alik 20 kali dari lobi ke office pon tak abis2 lagi...sambil geleng-geleng kepala En Rashidi tanya..'Bile mau abis daa...?' begitu punya lama team perempuan bermain...apabila mendengan jeritan macam nak histeria dari pihak perempuan...menandakan...permainan mereka berakhir dengan selamatnya tanpa mana-mana jari yang bengkak atau tercabut....begitulaa semangat mereka yang kuat merebut juara carrom.Keputusan untuk carrom prempuan berpihak kepada TPM KL....Indoor games yang terakhir adalah congkak..CikLinda, Pn Azie dan Cik Huszaiemah telah mewakili TPM Biotek dalam acara congkak....sememang ..ntah kenapa...kami malu-malu kucing agaknya...tewas jugak akhirnya...takpe..perlawanan permulaan sememangnya kalah dahulu...the next sukan nanti kami menang...just give them chance dulu laa...ok.itu sahaja bagi indoor games...keseluruhan..sambutan menggalakkan..meriah...dan berpuas hati dengan respons yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak...

17.00 - 19.00 - outdoor games (TPM KL vs TPM Biotek...)
Acara sebelah petang nya adalah perlawanan bola sepak dan bola jaring...Bagi acara bola sepak....pemain handalan TPM Biotek sememang sudah bersedia daripada awal lagi...membariskan pemain unggul...yang dikaptenkan oleh En.Azman Tawang..blogger tak sempat meninjau-ninjau keadaan semasa perlawanan kerana sibuk bermain bola jaring..tetapi khabarnya...perlawanan agak sengit ..sengit yang bagaimana...tak pasti...tetapi walau sehebat mana pon perlawanan,pihak TPM KL terpaksa akur dengan keunggulan pihak TPM Biotek..kerana berjaya menewaskan TPM KL 4 berbalas 0..Bagi sukan bola jaring,keputusan sebenarnya adalah seri 11-11...tetapi apabila penalti bagi menentukan pemenang,pihak TPM Biotek tewas dengan keputusan 2-0 .Bagi permainan sepak takraw ,TPM Biotek sekali lagi berjaya menewaskan TPM KL dengan jayanya..Syabas diucapkan...Terima kasih diucapkan kepada pihak orang Kampung Ulu Sungai kerana membantu kami semasa perlawanan berlangsung..Sebelum outdoor games berakhir,pasukan bola jaring Kampung Ulu Sungai juga sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak TPM KL.

2030-2300 mlm : BBQ/santai
Malam yang ditunggu-tunggu oleh semua..acara makan-makan...itulah yang menjadi keutamaan sebenarnya...Menu pada mlm tersebut,BBQ ayam,daging,ikan,hot dog dan juga sotong...side menu..nasi goreng dan juga mee hoon goreng..Sambil menikmati makanan yang sedap..kami semua dihiburkan oleh suara-suara yang tak berapa nak sumbang oleh artis-artis TPM..masing dengan sportingnya menyampaikan lagu kegemaran masing-masing.Abang Pian tidak ketinggalan menyampaikan lagu Lamunan Terhenti ..lagu kegemaran beliau agaknya...dengan suaranya yang bersahaja..boleh tahanlaa suaranya...takde lagi ujan ribut petir..time Abg Pian nyanyi..jadi berjaya laa...Tertunggu-tunggu juga suara emas En Rashidi...katanya memilih lagu nasyid untuk disampaikan...tetapi malangnya..suara beliau tidak kedengaran pada malam itu..menjadi senyap untuk seketika..En Azman Tawang,En Fazirul,En Fazli...tidak ketinggalan menyumbangkan suara mereka yang 'best sangat' ...Wakil dari pihak perempuan pula nampak nya tiada..mungkin menyanyi dari jauh sahaja...Bagi pihak TPM KL tidak kurang hebatnya menyampaikan lagu-lagu yang best untuk didengar..keseluruhannya masing-masing sporting...bgs!..acara kemuncak pada malam itu adalah acara memancing...memancing ikan terberat..bukan pemancing terberat...di bawah cahaya bulan yang terang pada malam itu,kaki-kaki pancing sibuk menyiapkan umpan masing-masing untuk dijadikan santapan kepada sang ikan...ada yang sibuk mencari port-port strategik untuk memancing...ada yang 5 minit..jauh sikit dari kolam..5 minit kemudiannya dah dekat dengan gigi air...nasib baik...beliau ini tidak terjun sahaja untuk menangkap ikan secara manual...macam-macam ragamnya si kaki pemancing ...tidak ketinggalan..sebelum memancing..ada yang menjampi mata joran mereka dulu sebelum memancing...memang menghiburkan sungguh lagak mereka ini...lebih kurang 15 minit mata pancing dibenamkan ke dalam kolam,wakil dari TPM KL berjaya mendapat seekor ikan keli seberat 1.2 kg..iaitu ikan yang paling berat pada malam itu...dan beliau akhirnya berjaya mendapat hamper dan gelang magnet yang dijanjikan..konsep memancing pada malam itu adalah catch and release..jadi tiadalah ikan di kolam itu untuk dijadikan hidangan..Pada malam itu juga..acara turut dimeriahkan dengan 'live band' dari pihak TPM KL..bukan dari band Hujan atau pon Bunkface..tetapi kehebatan band TPM setanding dengan band tersebut..Acara pada malam itu berakhir dengan jayanya pada pukul 12.30 mlm...


25 Mei 2010

07.00 - 09.00 pg: Jungle Trekking..
Jungle trekking telah diadakan pada sebelah paginya..wakil dr TPM Biotek (En.Hassan,En Sidek,En.Fazirul ) telah mengiringi para pelajar TPM Colledge untuk menikmati keindahan alam di sekitar hutan belantara Pusat Biotek Herba...

09.00-12.30 tghari: Kempen Derma Darah
Yeah ..marilah bersama-sama menderma darah...sambutan yang diberikan oleh pihak TPM sangat-sangat memberansangkan.Masing-masing bersemangat untuk menderma darah.Ada yang berniat untuk menderma darah..tetapi tidak lepas..tidak mengapa..niat yang suci murni itu...sangat-sangat dihargai...

14.00 - 14.30 ptg : Taklimat Ringkas/Penyampaian Hadiah.
Serba sedikit taklimat ringkas telah disampaikan...dan penyampaian hadiah kepada pihak yang menang dalam perlawanan indoor dan outdoor games..tidak lupa juga kepada pemancing-pemancing yang berjaya mengeluarkan ikan terberat pada mlm itu...

14.30-17.30 ptg: Mandi manda di Lata Lembik/Bersurai
Acara telah pun tamat.....mandi manda di Lata Lembik menjadi pilihan bagi mereka yang buat pertama kalinya berkunjung ke Pusat Biotek Herba....Sekian...

- Ribuan kemaafan atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung dan ucapan setinggi terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan.Sekian,terima kasih.-TPM Biotek..




0 comments: