LAWATAN UTEM

8 Oktober 2010,pihak kami telah mengalu-alukan kedatangan pihak UTEM yang telah diketuai oleh Professor Dr. Mohd Razali Muhammad ( Dean of Centre for Graduate Studies).Lawatan seramai 5 orang wakil dari UTEM bertujuan untuk memperkenalkan kepada pihak Pusat Biotek Herba Raub tentang program PHD yang ditawarkan oleh pihak UTEM selain meninjau aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Biotek Herba . Sepanjang lawatan,para pelawat telah diberikan serba sedikit taklimat berkenaan Pusat Biotek Herba merangkumi proses-proses yang terlibat,khidmat yang ditawarkan dan sebagainya.Para pelawat juga telah dibawa melawat ke seluruh kilang bagi melihat sendiri segala kemudahan yang ada di Pusat Biotek Raub sambil diberikan taklimat oleh pegawai yang bertugas.

0 comments: